Zine..Zaine..??

>> 7/14/2012

     

Zine?? apa tu zine? mcm majalah ke? Magazine?? Ada org panggil Zine..kalo org lama2 panggil Zaine..kenapa lain bunyi?? Honestly to me..tak kisah la nak panggil cmne pn..sbb makna nya dan pengisian nya tetap sama..Zine ni diambil dari perkataan Magazine so di ringkaskan menjadi Zine. Sesiapa yg biasa dengan muzik underground atau mana2 pergerakan indiependent mungkin sudah terbiasa dengan ZINE ni..sbb kalo dahulu bnda ni merupakan satu faktor terpenting dalam sesebuah scene..kerana dengan zine ni lah pengiat muzik dan anak2 muda dapat mengetahui pengetahuan(knowledge) dan mungkin mengikuti perkembangan scene tersebut. Pada tahun 90an hingga ke awal 2000-an terdapat byk editor zine dan mereka yg kerap menulis zine..bkn untuk mengaut keuntungan semata2 tp lebih kpd kepuasan menghasilkan sebuah zine utk dijual kepada rakan dan mungkin juga ada yg sekadar memberikan percuma . 


          Kebiasaan nya kandungan di dalam sesebuah zine ini meliputi pelbagai aspek..dari segi Politik,kehidupan,muzik dan masalah peribadi,masalah sosial dan mcm2 lagi..ianya bergantung kepada tema dan kehendak editor itu sendiri. Pada zama sekarang agak sukar utk melihat anak2 muda membaca zine..baik di gig atau pn di mana2 sahaja..ini disebabkn perkembangan zaman yg srba moden dan canggih..internet..jd mereka memberi alasan segala pengetahuan hanya di hujung jari dgn melayari internet. Bg aku benda tu betul tp kita perlu lihat dari aspek lain pula..nilai sesebuah zine itu sukar utk digambarkan..lg2 ble zine itu dihasil kan 100% DIY..maksud aku dgn hasil tenaga sendiri tanpa bantuan mana2 syarikat pencetak atau pernerbitan. Dalam masa yg sama benda ni dpt menerapkan nilai membaca di kalangan anak2 muda zmn skarang. Seperti aku yg mempunyai sebuah kugiran yg memainkan muzik Hardcore..Zine ni sgt membantu dlm sesebuah scene dan band itu sendiri..sbb pengetahuan dan pendidikan itu amat penting dalam sesebuah scene dan Hardcore itu sendiri. Dari sini kita boleh membuka mata org di luar sana bahawa scene dan muzik yg diperjuangkan selama ini bukan hanya omong kosong tapi mempunyai matlamat dan nilai sentimental tersendiri. Jika kita mampu membeli dan menempah baju band kugiran antarabangsa yg beharga sekitar RM80 hingga ratusan ringgit..kenapa kita tidak boleh mengeluarkan sedikit wang utk membeli senaskah ZINE yg harganya tidak smpai RM5 ?? 


        Bagi aku beli tshirt mmg x salah tp kita perlu seimbangkan Trend dgn Pengetahuan so dari situ kte dpt tahu apa yg kte lakukan selama ni bukan hanya mengikut trend dan perkembangan zaman.Percayalah cakap aku Trend akan tetap menjadi Trend..kalo hari ni kau seorang anak Hardcore yg pergi ke gig mungkin 2-3 thn akan datang anda akan menjadi anak B-Boy pula kerana mengikut perkembangan semasa. So dari situ kte dpt lihat di mana kah jati diri anda??

         Pada lewat tahun 2009 aku pn mula berjinak2 sebagai Editor zine..semangat tu membuak2 waktu tu..walaupun aku taw nak buat Zine ni mmg perlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi..aku gagahkan diri untuk menulis dan edit..akhirnya ZINE pertama aku yg diberi nama STANDING TOGETHER siap dihasilkan utk isu #1. Sebanyak 30 naskah aku buat dan habis terjual..mmg best dan puas hati bila sambutan yang baik . Untuk pengetahuan Zine aku ni merupakan zine bertemakan Positif Hardcore. Jadi kandungan nya lebih kepada Sesi interview bersama band hardore antarabangsa dan tempatan. Juga aku selitkan isu2 semasa dan review gig. Selepas sambutan yg menggalakkan aku tanpa pikir byk terus buat isu #2 ..seperti biasa aku print 30 naskah. Memang habis walaupun senaskah berharga RM5 disebabkan Zine ini berukuran A3. Zine juga dikirimkan ke Eropah seperti Portugal dan German . Kesimpulan nya aku sgt berpuas hati dgn usaha ku selama ni. Tp disebabkan kesibukan menyambung kuliah dan bekerja isu #3 tidak dpt diteruskan..Sedih gak la actually..dan tahun 2012 ni aku berazam untuk meneruskan isu #3 atas sokongan dan dorongan kawan2 yg ingin kan sebuah Zine yg bertemakan Hardcore itu sndiri. jadi nantikan isu STANDING TOGETHER #3 !

0 complain:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP