Asyik2 cte MELAYU je? mana 1Malaysia?

>> 7/19/2011



9 Julai 2011, adalah hari yang akan diingati oleh semua lapisan masyakat Malaysia sampai bila-bila , yang menyokong mahupun yang membantah Rally Perhimpunan Bersih 2.0 , yang di organizekan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dipengerusi oleh Dato' Ambiga Sreenavesan.Di sini, ingin aku tekan kan yang bahawa, Bersih Rally ni bukanlah perjuangan untuk Dato' Ambiga atau Dato' Seri Anwar Ibrahim atau pun sesapa saja termasuk parti Pembangkang . Mereka hanya menggerakkan Rally ini sahaja,sebab tidak ada sesiapa pon yang berani menentang kerajaan selain mereka kerana kita hanya rakyat biasa yang bila-bila masa saja akan ditangkap tanpa bicara kerana mengkritik kerajaan , kita pon tahu kerajaan sekarang semakin lama semakin berkuasa, sampai rakyat pun terpaksa ikut membuta-tuli , kita pon ikut-ikut-kiut sampai bila-bila , mungkin sampai 1000 tahun lagi. mereka membakar isu perkauman yang begitu ketara di dalam media arus perdana , tv , radio , surat khabar, jadi kepada mereka yang betul-betul "MELAYU TULIN" akan terasa tercabar pada Ambiga ini kerana peranan beliau dalam isu murtad Lina Joy ,(tak payah la nak cerita pasal murtad2 ni kalau ko sendiri minum arak dan tak sembahyang lima waktu , jadi duk diam sudah)

BERSIH Rally ni terang-terang adalah untuk "PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BERSIH".Pilihanraya adalah untuk semua rakyat , jadi kenapa ada antara kita dan juga segelintir kawan-kawan aku yang masih kuat "MELAYU" nya sampai ada yang cakap 'jgn sampai tergadai negara la, jgn sampai kena pijak dengan bangsa lain la, weh aku dah kene pijak dengan bangsa Melayu sendiri apa cerita? kalau masih ada lah Melayu yang masih lagi berfikiran 'racist' ni, adalah lebih baik korang delete lah kawan-kawan cina , india dan bangsa lain-lain kt dalam friendlist korang (mesti adakan?) . Mungkin korang patut delete aku sekali sebab aku tak nak kawan dengan mana-mana "racist" pon. Aku saran kan korang join lah UMNO ke, parti Melayu paling rasis Malaysia- PERKASA ke, baru la betul. tapi semalam aku tak nampak pon orang-orang atau pon pesilat-pesilat PERKASA masa kt demo, cuma aku nampak geng-geng PATRIOT yang di ketuai oleh Khairy Jamaluddin berdemo depan BB Plaza, aku lalu betul-betul sebelah diorang, anggaran yang hadir dlm Patriot dalam 70-80 orang termasuk, pekerja-pekerja kedai Mamak dan Bangla yang diberikan baju Patriot secara percuma. Ya, ini betul-betul terjadi depan mata aku, sekarang Mamak dan Bangla adalah "MELAYU". Jadi jangan terkejut kalau bangsa "MELAYU" ni yang akan jadi Perdana Menteri di Malaysia ni. Amerika pun sudah membuka hati , membuka mata menerima Barack Obama sebagai The first black President of United States Of America, yang kita masih lagi dijajah oleh pemikiran kuno yang dibawa oleh UMNO sejak dari dulu lagi. Terus-terang aku bagitau UMNO dah tak ada modal selain memainkan isu perkauman, esok-esok mereka akan laga-laga kan Melayu dengan bangsa lain, harus di ingatkan CINA , INDIA dan lain-lain bangsa di Malaysia ini hidup lebih lama dari mak bapak yang lahir kan ko kt dalam dalam dunia, diorang pon dah takde sedara-mara kt CHINA/INDIA tu, diorang hidup dan mati kt sini Malaysia , so siapa lagi Otai?

So, kepada yang anti sangat dengan BERSIH ni, jgn sampai aku panggil korang Racist sebab aku tengok masa perhimpunan Bersih (aku ada dekat tengah2 riot dekat Pudu Raya) semua bangsa ada , PATRIOT cuma ada melayu je

yang dalam 70-80 orang tu , BERSIH ada 50 000 - 60 000 orang, yang mana korang rasa betul ? Sedih aku lihat kawan-kawan aku sendiri yang join hardcore scene ni masih berfikiran "racist", adalah lebih baik korang tak payah main muzik hardcore, main je la la irama Zapin ke, Mak Yong ke, Nasyid ke, baru betul "MELAYU" nya! ini tak , nak main punk tapi perangai sama dengan budak2 KL Troopers tu, serupa jadi belia 4B je, join UMNO boleh dapat duit. ko join Hardcore dapat apa?

Jadi , Secara rumusan nya BERSIH ni adalah untuk semua (untuk kau dan aku) , supaya kita tidak ditipu lagi oleh kerajaan BN yang selama ni diorang menang pilihanraya sebab tipu undi. kalau asyik kene tipu je, baik tak payah mengundi, kita lantik je terus Najib Razak jadi Perdana Menteri, senang cerita, Pembangkang pon tak payah susah-susahkan diri, boleh rilek kat rumah. Kepada yang Pro-Kerajaan pon tak payah susah-susah kan diri korang untuk mengutuk Pembangkang , buat penat diri sendiri je, sebab bab kutuk mengutuk, maki hamun pembangkang ni telah pon dibuat dan di sebar secara meluas melalui media arus Perdana dari TV1 sampai la TV9 , radio2 , surat khabar utama , so semua orang kampung termasuk korang yang rajin mengutuk tu akan percaya 100% apa yang di laporkan dalam Media kerajaan ni. Jadi korang fikir la sendiri kalau taknak dilabel dah kene 'brainwash' oleh kerajaan. Pembangkang ada apa?

cuma ada Internet dan Jalan raya untuk berhimpun secara aman saja, itu pon Kerajaan dah takut gila babi. entahlah.

So, di akhir note ini aku nasihatkan kepada yang Anti-Bersih ni, tak payah la korang susah kan diri kutuk, sebab TV dgn Paper dah buat lagi power kutukan yang diorang buat. so korang rilek je ok. chill! Jangan sampai aku anggap korang di bayar ($$$$) oleh kerajaan untuk mengutuk perhimpunan aman ini.last words ; JANGAN JADI MELAYU SANGAT.

peace,

_arwith


*dipetik dari FB member aku yg brnama arwith..BERSIH tetap BERSIH..Jangan nak melayu sgt la..

0 complain:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP