LET'S STOP AND THINK !

>> 7/28/2009


Penat gila hari ni...kemas rumah..pg bank..pos surat lagi..mmm..aku banyak jumpa ngan kawan-kawan baru kebelakangan ni..kadang-kadang ble jumpa kat gig hanya sekadar bertegur camtu2 je..x dpt luang masa untuk borak dan berbicara tentang apa saja..senag cite gosip2 la..haha
Aku berkesempatan bertemu dorang ni semua bila aku turun jalan2 kat KL..bila da terserempak dapat la lepak berbual..macam2 cerita dapat aku dengar..mengenai scene..hal politik..hal peribadi..
macam2 la..kesempatan ini la untuk aku berkongsi pendapat dan idea tentang isu-isu semasa baik tentang hc itu sendiri mahu pun hal yang lain..senang cite ape saje la..

Bila dengar cerita kawan-kawan ni..agak seronok gak..sebab dari situ baru la kita taw..di mana kita berada..apa kesilapan kita..dan mungkin dapat tahu cerita-cerita yang pelik dan x masuk akal..haha..tetapi kebiasaannye orang akan tanye pendapat aku tentang scene hc kat malaysia..
mmm...dah orang tanye...tak kan aku nak diam kan? aku cuma jawab ape yg aku rase patotla..sebab itu pendapat aku je..dia nak terima ke tak terpulang la kan..aku sebenarnya tak kisah sangat pon apa orang nak cakap..tp aku cuma risau scene hardcore malaysia ni makin lama makin hilang seri nye..bagi mereka yang dah lama dalam scene ni bagus la..mereka mungkin taw asam garam scene hc di malaysia..tp yang membimbangkan aku ialah generasi yang baru ni..

aku amat bangga dan suka sangat bila tgk gig hardcore dipenuhi dengan generasi baru..maksud aku ada yang sudah mula berjinak2 dengan hardcore itu sendiri sejak dari bangku sekolah lagi..bagus..tp yang tak bagus nye bila sesetengah mereka-mereka ni tidak taw apa yang sebenarnya mereka lakukan..mungkin hanya sekadar mengikut jejak teman..atau sekadar untuk enjoy sahaja..bg mendapatkan kepuasan..itu yang paling aku bimbang...ramai orang persoalkan kat aku.. " EH KO SXE KE? ..hahahah ENTAH2 KO KAT BELAKANG HISAP ROKOK KAN? SXE MANE BOLE PERCAYA.." kenapa soalan2 camtu asik aku kedengaran sekarang ni..aku rase sebab nye terdapat mereka2 yang melabelkan diri sebagai sxe tetapi hakikat nye xtaw pon ape maksud sxe tu sebenarnye..so apa punca nye? bukan ke itu bahaya? apabila anak muda hanya meniru seseorang tanpa mengetahui sebab dan asal usul sesuatu perkara itu. Perlu ke anda labelkan diri anda sxe kalo anda x bersedia untuk melakukannye?

Aku masih ada ramai gak kawan yang tak mengambil dadah,tak hisap rokok,tak wat sex bebas..tp mereka lebih selesa dengan hidup positif itu tanpa perlu melabelkan diri mereka sxe..tiada masalah bukan? Masalahnye sekarang apabila generasi yang baru ini tidak didedahkan dengan benda yang betul...jadi mereka akan melakukan sesuatu tanpa usul periksa..
sampai ada yang pg gig PANGKAH TANGAN tp pastu isap rokok? pergh! tu camne tu?

Kesimpulannye..aku tak kisah sesiapa pon nak pakai ape..nak nyanyi lagu ape..nak main muzik ape..sebab aku pon bukan bagus sangat..kita sama-sama belajar antara satu sama lain..tp satu je yang penting sekali sebelum kita membuat keputusan apa-apa pun..yang penting kita tahu matlamat dan tujuan kita tu..jangan hanya sekadar meniru atau mengikut tanpa mengetahui pokok pangkal nye...ok? :)

5 complain:

iskandar July 29, 2009 at 6:14 AM  

makhlok perosak betul la.
hahah

Unknown July 29, 2009 at 7:08 AM  

sape yg makhlok perosak? huhu

iskandar July 30, 2009 at 6:52 AM  

mereka-mereka yang memburukkan nama sxe la.mungkin bagi mereka siapa yang straight edge dia hardcore kental.so,diorang pun labelkan diri diorang sxe.tanpa mengetahui APA itu sxe.kononnya sxe cool la.dari itu la muncul budak-budak poser yang labelkan diri dia sxe hanya dalam gig.WTF?sebab penulis ada kenal sorang mamat nie.penulis kenal dia dah lama dah.cuma kurang rapat.celaka dia.beberapa hari sebelum satu gig nie,dia hisap rokok depan penulis.then,masa dekat gig tue,penulis jumpa dia.penulis mintak rokok sebatang.perghh.bukan main lagi dia.angkat dua-dua tangan dia buat gaya sxe.(silang tangan tu) tanpa rasa bersalah dengan muka bangga,serious dan jujur dia menipu penulis.pada waktu tue,dia tengah lepak dengan beberapa orang kawan perempuan dia.mungkin jugak tue salah satu cara terbaru nak jadi lebih cool dan macho depan awek iaitu dengan mengaku diri dia sxe.ahahah.tetapi,andaikata niat dia sebenarnya nak saving rokok pun,tak perlulah buat gaya macam tue.cakap jelah takde rokok.nie terus labelkan diri dia sxe.
yelah,dia mungkin tak rasa apa-apa.penulis pun tak kesah sangat.tapi,mungkin orang yang dah lama labelkan diri dia sxe,akan terasa kerana memalukan label sxe.bak pepatah'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'.
sekiranya apa yg penulis nie katakan salah,tegurlah.penulis nie pun bukan lah sxe.saja je nak menyibuk tulis panjang-panjang.hahaha.tapi,kita mestilah respect each otherkan.jangan biarkan sesuatu yang kita bangga-banggakan di permain oleh orang-orang lain yang kurang mengetahui tentang hal itu.

FAUZI July 30, 2009 at 11:25 AM  

betul2!
lain kali ko bg penumbuk satu je kat budak tu! hahaha
pangkah tangan tp hisap rokok!

Anonymous September 4, 2009 at 5:06 PM  

ahaha btol2..
kdg2 diorg just nk nmpak ko0l je..
so pangkah tngn..
ak salu jugak jumpe bai..
ak tnye ko asal pangkah2 ni..
hardcore la bro..
tp kt tangan arak ek..
(bcoz aku dr kuching nyer scene jgk,de yg taw pe sxe dan ade yg mnunjuk je.)haha

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP